Google

Thursday, December 8, 2011

Pentingnya menjaga kesihatan

Penjagaan kesihatan amat penting tanpa mengira usia.
Read more...

Friday, November 30, 2007

AURA(TENAGA) CHAKRA

BATU PERMATA DAN PUSAT TENAGA ATAU CHAKRA
Tubuh manusia mempunyai 7 bahagian Medan Tenaga atau CHAKRA. Setiap CHAKRA adalah asas yang digunakan untuk merawat sesuatu penyakit. Ketujuh-tujuhnya diwakili oleh warna masing-masing dan warna-warna inilah mewakili warna batu permata yang akan digunakan untuk merawat sesuatu jenis penyakit.
Batu permata asli mempunyai kesan yang lebih di dalam kegunaan untuk terapi kesihatan jika dibandingkan dengan kristal buatan. Kristal buatan manusia hanya bergantung kepada terapi warna sahaja. Manakala batu permata asli mempunyai kesan dari segi getaran warna yang terhasil dari Shumann Resonance Frecuency. Pancaran ini hanya dimiliki oleh benda-benda hidup dan jisim kurniaan Tuhan termasuk batu permata semula jadi ini. Jadi, dengan menggunakan batu permata asli dan kristal asli ini, kita bukan sahaja kelihatan cantik malahan kesihatan kita juga akan terpelihara.
Aura adalah medan tenaga elektromagnetik yang berputar mengelilingi badan kita mengikut putaran lawan jam yang berbentuk bujur telur. Medan tenaga ini berputar mengikut kelajuan tersendiri (paling perlahan di bahagian bawah dan paling laju di bahagian Crown Chakra
Medan tenaga ini (Aura) mempunyai 7 pintu tenaga yg diwakili oleh warna-warna pelangi yang berada di badan kita yang lebih dikenali sebagai Chakra. Chakra ini berbentuk seperti bunga teratai kembang. Pintu-pintu chakra ini menerima segala tenaga-tenaga positif disekeliling kita dan tenaga-tenaga inilah yg membantu kita membentuk keperibadian dan kerohaniah kita. Sekiranya pintu-pintu chakra ini tersumbat atau tertutup, maka, ada kemungkinan kita akan terjebak di dalam konflik atau masalah yang akan menjejaskan perkembangan personaliti kita. Ia akan menjadikan kita penyedih, pemendam, baran, kurang keyakinan, berfikiran negatif yang menebal, pelupa, hilang fokus dan sebagainya.
Chakra berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud pusat tenaga dalaman tubuh badan manusia. Ianya terbahagi kepada 7 bahagian utama iaitu:
Crown Chakra; Brow/ Forehead Chakra; Throat Chakra; Heart Chakra; Solar Plexus Chakra; Sacral Chakra; Base/ Root Chakra.


7 CHAKRA Dalam Tubuh
7 CHAKRA ini bermula dari bawah iaitu bermula dari anggota seks hingga ke atas kepala iaitu di ubun-ubun kepala.



Untuk kaedah rawatan anda perlu menggunakan aksesori seperti biasa atau letakkan batu permata di bahagian yang bermasalah berpandu kepada carta warna diatas. Aksesori boleh diletakkan di atas Meridian 1 hingga 7 terus di atas kulit atau di bawah pakaian jika perlu. Serapan getaran warna adalah lebih berkesan jika bersentuhan dengan kulit.
Tenaga warna mampu meningkatkan potensi kekuatan tubuh. Tenaga warna bukanlah ubat tetapi ia boleh membantu proses penyembuhan sesuatu penyakit dengan mengaplikasikan warna-warna yang tepat untuk penyembuhan dalam bentuk yang lebih terpusat dibandingkan sinar matahari. Dengan kata lain warna menyimpan tenaga yang berdaya terapi. Dari sekadar rematik, radang sendi, hingga depresi, gangguan ginjal, kanser, ketidaksuburan yang akan dibantu kesembuhannya dengan terapi tenaga warna. Ini kerana prinsip penyembuhan dengan tenaga warna itu menyeimbangkan kembali aura tubuh



Apa yang menyebabkan aliran tenaga chakra terganggu?
Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan aliran tenaga chakra terganggu adalah seperti kurang tidur, runsing, kurang makan, penat atau letih, pemakanan yang kurang betul, kurang senaman dan banyak lagi.
Apa yang boleh memperbaiki aliran tenaga chakra?
Memperbaiki aliran tenaga chakra dinamakan 'mengharmonikan' aliran tenaga chakra. Ianya dapat dilakukan dengan mengambil gelombang tenaga positif di mana ianya dapat memperbetulkan dan membebaskan aliran-aliran tenaga chakra supaya dapat mengalir dengan betul. Apabila tenaga kuasa chakra mengalir dengan betul, maka keseluruhan badan dapat berfungsi dengan baik dan menjadikan ianya sihat serta tenang.
Tujuh tenaga chakra telah digunakan oleh bertahun-tahun lamanya untuk mengubati penyakit. Tujuh warna chakra diketahui menghasilkan getaran yang berbeza mengikut susuan tujuh warna iaitu merah, oren, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Oleh itu setiap warna chakra dapat menghasilkan getaran yang berlainan yang bersesuian untuk mengharmonikan pelbagai chakra pada tubuh badan manusia.

Crown Chakra (Sahasrara)
Crown chakra atau Sahasrara disebut chakra kesedaran, mahkota chakra itu menguasai chakra yang lain. Ianya terletak dibahagian teratas sekali iaitu diatas kepala. Ianya diklasifikasikan sebagai pusat kerohanian, pemikiran dinamik dan tenaga. Tugasnya sangat mirip dengan kelenjar di bawah otak, yang mengeluarkan hormon untuk menguasai sisa endokrine sistem, dan juga berhubungan dengan sistem saraf pusat melalui hipothalamus. Thalamus memiliki tugas atas dasar kesedaran fizik. Pintu ini mewakili kebijaksanaan, pusat spiritual, fikiran-fikiran yang dinamik dan tenaga-tenaga yang alpha. Orang yang menjaga pintu tenaga ini adalah orang yang tinggi kerohaniahnya dan orang yang berfikiran tinggi dan positif.Roh ditiup melalui ubun-ubun dan ditarik juga melalui ubun-ubun. Pintu ini adalah pintu yang paling perlu dijaga. Dilambangkan dengan bunga seroja dengan seribu kelopak bunga.
Brow/ Forehead Chakra (Ajna)
Brow Chakra atau Ajna atau mata ketiga dihubungkan ke pineal kelenjar. Ia adalah chakra waktu dan kesedaran dan cahaya. Ianya terletak dibahagian tengah dahi. Aliran chakra yang terganggu dibahagian ini akan menyebabkan gangguan dibahagian mata, hidung dan juga tekak. Pineal kelenjar adalah kelenjar peka yang ringan, menghasilkan hormon melatonin, mengatur naluri perjalanan untuk tidur dan bangun. Kelenjar ini juga menghasilkan sejumlah sisa psychedelic kimia dimethyltryptamine. Pintu ini mewakili pusat untuk kebolehan psikik, minda yg tinggi & spiritual yang tinggi. Orang yang menjaga pintu tenaga ini adalah orang yang tahu apa yang dia mahu dalam hidup, telepati dan orang yang boleh melihat kehidupan orang lain. Sekiranya pintu ini tersumbat, kita adalah orang yang takut pada kejayaan dan mempunyai ego yang tidak kena pada tempatnya. Dilambangkan di samping seroja dengan dua kelopak bunga.



Throat Chakra (Vishuddha)
Throat chakra atau Vishuddha seharusnya berhubungan dengan komunikasi dan pertumbuhan, pertumbuhan yang menjadi bentuk perasaan. Chakra ini sejajar ke tyroid, kelenjar yang juga terletak di kerongkongan, dan yang menghasilkan tyroid hormon, bertanggung jawab atas pertumbuhan dan kematangan. Ianya terletak dibahagian leher dan disekitarnya. Aliran chakra yang terganggu di bahagian ini akan menyebabkan gangguan pada sakit tekak, sakit dagu, leher dan tiriod. Dilambangkan di samping seroja dengan enam belas kelopak bunga.
Heart Chakra (Anahata)
Heart chakra atau Anahata berhubungan dengan emosi yang lebih tinggi, belas kasih, mencintai, keseimbangan, dan menjadi baik. Chakra ini berhubungan ke thymus, bertempat di dada. Ianya terletak di bahagian tengah dada atau dibahagian jantung. Aliran chakra yang terganggu dibahagian ini akan menyebabkan gangguan kesihatan pada jantung, paru-paru, dan juga peredaran darah. Organ ini adalah sebahagian dari sistem imunisasi, juga bahagian dari system endocrine. Menghasilkan sel T yang bertanggung jawab atas pembuangan penyakit, dan dipengaruhi oleh tekanan. Dilambangkan di samping seroja dengan dua belas kelopak bunga.
Solar Plexus Chakra (Manipura)
Solar plexus chakra atau Manipura berhubungan dengan peralihan dari emosi, tenaga, asimilasi dan pencernaan lebih tinggi, dan berhubungan sehingga pada pankreas dan kelenjar adrenalin luar, adrenal kulit luar. Ianya terletak dibahagian tulang rusuk dan perut. Bahagian chakra ini berhubung kait dengan bahagian perut, hati, pankreas. Ia berperanan pada tugas pencernaan, penukaran zat makanan ke dalam tenaga untuk badan. Dilambangkan di samping seroja dengan sepuluh kelopak bunga.

Sacral Chakra (Swadhisthana)
Sacral chakra atau Swadhisthana ditempatkan di pangkal paha, dan berhubungan dengan emosi, seksualiti, kreativiti, gerak hati dan harga diri. Orang yang kreatif, berkeyakinan dan berfikiran terbuka adalah orang yg menjaga pintu chakra kedua ini. Chakra ini seharusnya berhubungan ke testis, yang menghasilkan berbagai hormon jenis kelamin yang melibatkan anggota reproduksi, yang boleh menyebabkan ayunan perasaan dramatis. Sekiranya pintu ini tersumbat, kita akan menjadi seorang yang suka mengongkong orang lain, berfikiran negatif dan berfikiran tertutup. Orang-orang ini akan mendapat penyakit seperti kegagalan fungsi buah pinggang, sakit tulang belakang, sembelit dan sakit otot. Ianya terletak dibahagian tengah perut atau abdomen. Jika terdapat gangguan aliran chakra, maka ianya akan memberikan gangguan pada buah pinggang, hati, usus dan juga peranakan. Dilambangkan di samping seroja dengan enam kelopak bunga.
Base/ Root Chakra (Muladhara)
Root chakra atau muladhara berhubungan dengan naluri, kerahsiaan, keamanan, kelangsungan hidup, keselamatan dan juga ke dasar kemampuan manusia. Tenaga dari chakra ini yang akan menjadikan kita berjaya dalam hidup, dalam perniagaan dan dalam pekerjaan.Pusat ini ditempatkan di daerah antara kemaluan dan dubur. Walaupun bukan endocrine organ yang ditempatkan di sini, namun seharusnya berhubungan dengan kelenjar adrenalin dalam, adrenal medulla, bertanggungjawab ke atas jawapan perjuangan dan penerbangan waktu kelangsungan hidup di bawah ancaman. Di daerah ini ditemukan otot yang menguasai ejakulasi di perbuatan seksual. Persamaan diambil di antara sel sperma dan ovum, di mana dusta kod genetik bergelung, dan kundalini. Sekiranya pintu chakra ini tersumbat, kita akan menjadi seorang yang penakut, sering kecewa, merasa tidak selamat dan akan mudah mendapat gemuk (obesity, artritis dan sakit-sakit dibahagian kaki). Ianya terletak dibahagian tulang belakang dan bahagian alat kelamin dan peranakan. Sesuai untuk mengubati kebanyakan penyakit berkaitan dengan tulang dan alat kelamin. Dilambangkan di samping seroja dengan empat kelopak bunga.
Dengan menggunakan PERMATA ASLI, ketujuh-tujuh pintu chakra yang tersumbat itu akan dibuka dan dibersihkan dari semua tenaga-tenaga negatif dan hanya yang positif sahaja yang tinggal. Sementara pula akan memantapkan lagi chakra ke 7 kita agar aura kita akan sentiasa positif dan baik.

Dengan aura yang baik, keperibadian kita akan tinggi dan kerohanian kita juga tinggi, kita akan dipandang baik oleh orang-orang sekeliling kita, lebih disayangi dan dirindui oleh suami atau isteri dan anak-anak, anak-anak yang kuat menangis akan berhenti menangis dan lembap belajar akan rajin belajar, mereka yg berniaga akan mendapat rezeki yang banyak, mereka yang bekerja akan disayangi...mereka yang sakit akan sihat dan macam-macam lagi kebaikan dan kesan-kesan positif yang akan didapati dengan aura yang positif dan minda yang positif...hanya dengan menggunakan PERMATA ASLI disertai niat-niat yang positif...Insya Allah anda berupaya untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna... CANTIK, SIHAT dan membahagiakan...

CHAKRA 1 : WARNA MERAH
Jenis Batu Permata/Kristal:
Batu Delima, Garnet Merah, Jasper Merah, Coral, Hermatite, Nilam Merah, Akik Merah dan semua batu permata asli berwarna merah

Keterangan :
Warna darah dan hangat. Warna berkaitan kepantasan dan stamina. Kadar getaran terendah dan jarak gelombang cahaya terpanjang (Lembu tidak boleh melihat warna merah tetapi mampu merasai getaran warna merah)

Kegunaan Terapi:
a) Mengawal buah pinggang, pundi dan bahagian bawah badan
b) Merangsang jantung, paru-paru, meningkatkan tekanan darah
c) Membantu penyerapan zat besi dan oksigen
d) Membina sel darah merah dan meningkatkan stamina.
e) Warna merah bertindak sebagai perangsang seks
f) Bagus untuk kanak-kanak sekolah
g) Untuk mengurangkan arthritis, tangan dan kaki sejuk dan tekanan darah rendah

Elakkan Warna Merah:
Ketika letih, tertekan, selsema dan jika menghidap darah tinggi
Digunakan Untuk Merawat :
Kaki dan tangan sejuk (circulation problem)
Jantung
Badan lesu dan lemah/Kurang tenaga
Demam/Selsema
Batuk/Sakit tekak
Tenaga lelaki / Tenaga wanita


CHAKRA 2 : WARNA OREN
Jenis Batu Permata/Kristal:
Kuartza Oren, Jasper Oren, Akik Oren, Amber Oren, Carnelian Oren dan semua batu permata asli berwarna oren
Keterangan:
Warna untuk kesihatan, kegembiraan dan motivasi
Kegunaan Terapi:
a) Membantu merawat masalah berkaitan sistem pencernaan, paru-paru, pankreas dan limpa
b) Pembuka selera dan sebagai perangsang seks
c) Sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi
d) Membantu mengurangkan kahak, asma, kejang, osteoperosis dan kemurungan
Elakkan Warna Oren:
Elakkan warna ini jika tidak selesa, cirit-birit
Digunakan Untuk Merawat :
Kencing manis,
Jerawat,
Gout,
Gastrik,
Lemah minda dan lembab pemikiran,
Sakit sendi/arthritis/rheumatism,
Masalah hati/Hepatitis,
Batu Karang,
Sakit buah pinggang,
Barah

CHAKRA 3 : WARNA KUNING
Jenis Batu Permata/Kristal:
Citrine, Kuartza Kuning, Manikam (Topaz) Kuning, Nilam Kuning, Akik Kuning, Amber Kuning dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna kuning
Keterangan:
Warna matahari dan warna asas kepada kehidupan. Tenaga yang baik dari matahari terdapat dalam batu permata asli. Warna kebijaksanaan dan dapat merehatkan minda. Dikenali sebagai ‘desicive yellow’ (kuning ketegasan)
Kegunaan Terapi:
a) Menguatkan sistem saraf, sistem ketahanan badan dan fikiran
b) Membantu mengurangkan gangguan sistem penghadaman dan alergi
c) Membantu badan membuang toksin melalui kulit contoh ekzema, jerawat. Gunakan warna ini untuk melawan bakteria
d) Membaiki masalah kencing manis dan kegemukan
e) Melegakan masalah kekurangan kalsium
f) Letakkan kristal berwarna kuning/oren berhampiran meja komputer untuk mengurangkan radiasi dan meningkatkan konsentrasi.
Elakkan Warna Kuning:
Elakkan warna ini ketika loya
Digunakan Untuk Merawat :
Sembelit/Angin dalam perut/Sakit perut,
Gastrik,
Masalah hati/Hepatitis,
Sakit Kepala (migraine)
CHAKRA 4 : WARNA HIJAU
Jenis Batu Permata/Kristal:
Jed, Aventurine, Zamrud, Malakit Hijau, Akik Hijau, Zirkon Hijau dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna hijau
Keterangan :
Warna semulajadi yang melambangkan keseimbangan kasih sayang, kesihatan, kecantikan, kegembiraan dan pemikiran yang tegas
Kegunaan Terapi:
a) Membantu melegakan badan dan minda ketika menghadapi tekanan
b) Menyeimbangkan emosi
c) Menstabilkan tekanan darah, kandungan asid dan alkali dalam badan
d) Membantu mengurangkan kulit berminyak, jerawat dan tekanan
e) Gunakannya jika ingin mendapatkan ilham
f) Digunakan untuk rawatan terkejut, tekanan, demam dan ketakcernaan
Digunakan Untuk Merawat :
Darah tinggi
Gastrik
Resdung
Sakit sendi/arthritis/rheumatism,
Masalah hati/Hepatitis,
Barah

CHAKRA 5 & 6 : WARNA BIRU
Jenis Batu Permata/Kristal:
Nilam Biru, Lapis Lazuli, Turquoise, Kuartza Biru, Akuamarin Biru, Blue Sandstone dan lain-lain batu permata asli dan kristal asli berwarna biru
Keterangan:
Warna kedamaian, tenang dan relaks. Ia dikenali sebagai ‘colour of distance’ dan dapat membantu menenangkan fikiran. Juga dikenali sebagai ‘communicative blue’.
Kegunaan Terapi:
a)Meningkatkan kreativiti dan kebijaksanaan.
b)Memudahkan untuk mengingati ucapan
c)Membuang racun dalam badan
d)Digunakan untuk melegakan kesakitan, melecur yang teruk, degupan jantung yang tidak normal, bronkitis, asma yang teruk, demam, sakit kepala, sun burn, kegatalan kulit, susah untuk tidur, dan kanak-kanak yang terlalu aktif
Elakkan Warna Biru:
Warna ini tidak sesuai digunakan di ruang makan
Digunakan Untuk Merawat :
Darah tinggi,
Gout,
Resdung,
Jantung,
Sakit sendi/arthritis/rheumatism,
Sukar tidur (insomnia),
Masalah hati/Hepatitis,
Buasir (hemorrhoid)

CHAKRA 7 : WARNA UNGU
Jenis Batu Permata/Kristal:
Amethyst dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna ungu
Keterangan:
Gabungan warna merah dan biru. Merah (Yang) adalah panas dan biru (Yin) adalah sejuk. Ledua-dua warna ini menseimbangkan tenaga. Warna ungu mempunyai getaran yang cepat dan dikenali sebagai warna yang menyembuhkan penyakit.
Kegunaan Terapi:
a) Berhubung dengan sistem saraf, kulit dan rambut
b) Merehatkan badan dan minda
c) Anti bakteria - baik untuk merawat jerawat dan ekzema
Elakkan Warna Ungu:
Elakkan warna ini jika terlalu sensitif
Digunakan Untuk Merawat :
Gout
Sukar tidur (insomnia)
Barah
Jerawat
Ekzema

PERMATA YANG MEMPENGARUHI SEMUA CAKRA
ROCK CRYSTAL, JarumMas, Tourmaline.

CHAKRA TANGAN - PUTIH
Keterangan:
Warna putih adalah warna asas dan merangkumi spektrum yang penuh untuk semua warna dan getarannya. Cahaya putih adalah cahaya dari matahari dan mempunyai tahap tenaga tertinggi. Dalam terapi getaran warna, warna putih digunakan dalam semua situasi untuk membantu proses penyembuhan penyakit
Kegunaan Terapi:
a) Warna putih adalah warna utama dalam getaran untuk badan dan minda
b) Boleh digunakan bersama warna lain sebagai penggalak penyembuhan.
c) Juga boleh digunakan jika spectrum warna lain tidak memberikan apa-apa kesan
Digunakan Untuk Merawat :
Berguna untuk menguatkan semua organ seperti:-
Pundi
Buah Pinggang
Gastrousus
Tulang
Kelenjar
Sistem Otot
Saraf
Sistem Imuniti

CHAKRA KAKI - HITAM
Jenis Batu Permata/Kristal:
ORYX, Obsidian, Hematite
Kegunaan Terapi:
Boleh digunakan untuk meningkatkan sistem imuniti manusia serta membersihkan darah. Ini disebabkan sel darah merah boleh dijajarkan dengan medan magnet untuk menjadi lebih efisyen menyahkan bakteria dan virus
Digunakan Untuk Merawat :
Sakit sendi
Mengurangkan berat badan
Merangsang kesihatan secara am
Meningkatkan tahap ingatan dan pemikiran

Read more...